Follow @ Yo.!Templates

banner image

About Me

banner image
Tetaplah dan telitilah dengan baik-baik pada ingatan Anda perihal fakta-fakta ini:

Pertama: Anda sedang terlibat dalam satu pelaksanaan tujuan yang penting bagi Anda. Untuk menciptakan satu suasana jaminan kemungkinan tercapainya kejayaan itu, maka Anda harus menyusun satu rancangan yang sempurna tanpa banyak aspek kelemahannya.

Kedua: Anda harus boleh mengambil manfaat daripada pengalaman, pendidikan, bakat dan kemampuan orang lain serta daya khayalan pemikiran orang lain. Hal ini adalah selaras dengan kaedah yang

pernah ditempuhi oleh orang-orang yang telah berjaya mengumpulkan kekayaan dalam jumlah

yang besar.

Tidak ada seorangpun yang boleh memiliki cukup pengalaman, pendidikan, bakat dan kemampuan serta ilmu pengetahuan untuk menjamin pengumpulan harta kekayaan dalam jumlah yang besar, tanpa menjalin kerjasama dengan manusia yang lain. Setiap kemungkinan yang Anda terima sebagai landasan dalam usaha Anda untuk menghimpunkan kekayaan itu hendaklah merupakan satu hasil gabungan daya cipta dan pemikiran bersama di antara Anda dan anggota-anggota lain dalam kelompok Anda yang menjadi penunjang utama dalam perancangan dan pelaksanaan itu. Anda juga boleh mencetuskan rancangan Anda sendiri, sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Namun peliharalah dan ujilah rancangan itu melalui persetujuan anggota-anggota lainnya dalam kelompok Anda yang menjadi tulang belakang pemikiran itu. Mereka itulah yang menunjang usaha Anda.

O

Kalau Rancangan Pertama liu Gagal, Usahakanlah Rancangan Yang Baru Pula

Jika seandainya rancangan Anda itu kurang berjaya sebagaimana yang diharapkan, maka gantikanlah dengan suatu rancangan yang baru pula. Sekiranya ini juga gagal, maka gantikan pula dengan yang lain. Demikianlah seterusnya sehingga Anda menemui satu rancangan yang benar-benar sesuai dan berjaya sepenuhnya. Justeru itu di sinilah terletaknya kelemahan bagi kebanyakan orang yang membawa kepada

Reviewed by F1 Uniforms +60103425700 on September 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.