Follow @ Yo.!Templates

banner image

About Me

banner image
hasil kilangnya itu. Namun setiap kali beliau gagal, setiap kali itu jugalah beliau menyusun rancangan yang baru. lalu berjalan menuju kemenangan yang gilang-gemilang.

Kita sering membaca, mendengar atau menyaksikan seseorang yang berjaya menjadi kaya raya hanya dari segi kejayaannya sahaja. Kita hanya mengakui kejayaannya itu, tetapi kita mengabaikan segala kegagalan sementara yang pernah beliau alami sebelum berjaya mencapai kejayaan yang gemilang itu.

Hampir tidak ada seorang pun sebagai penganut falsafah ini, yang berharap untuk mengumpulkan harta kekayaan tanpa mengalami 'kekalahan sementara'. Apabila kegagalan itu datang, terimalah itu sebagai suatu isyarat bahawa rancangan Anda itu masih belum cukup matang lagi. Oleh itu perbaikilah kembali rancangan Anda itu, semasa Anda meluncur kembali menuju sasaran yang Anda tujui itu. Apabila Anda telah menyerah kalah sebelum mencapai sesuatu, maka ini bererti Anda adalah 'tukang ponteng'. Seorang'tukang ponteng' tidak pernah meraih kemenangan, sedangkan seorang pemenang itu tidak pernah suka ponteng.

Cubalah Anda mencungkil keluar ungkapan ini. Tulislah di atas sehelai kertas dengan huruf-huruf yang berukuran besar. Letakkan pada suatu tempat yang Anda rasa mudah untuk melihatnya pada setiap malam sebelum Anda pergi tidur, dan setiap pagi sebelum Anda pergi ke tempat kerja.

Oleh sebab itu apabila Anda memilih anggota kelompok yang boleh Anda harapkan untuk menunjang Anda dalam pemikiran yang unggul terhadap sesuatu rancangan, maka usahakanlah untuk memilih orang-orang yang tidak mudah menerima kegagalan dengan begitu sahaja sebagai suatu kegagalan yang mutlak.

Sebahagian orang berpendapat bahawa hanya wang sahaja yang boleh menciptakan wang. Pendapat itu tidak benar sama sekali. Hasrat yang dialihkan ke dalam bentuk yang berupa wang dan kekayaan ini merupakan bahan asas yang utama dalam mencetak wang ke dalam tangan Anda. Ini hanya akan tercapai jika Anda mengikuti dengan cermat prinsip yang digariskan dalam buku ini dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya wang adalah sesuatu benda yang tidak bernyawa, yang tidak boleh berfikir atau bercakap sendiri. Tetapi wang itu bersifat seolaholah *mendengar'. Setelah kita menyampaikan panggilan itu

Reviewed by F1 Uniforms +60103425700 on September 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.