Follow @ Yo.!Templates

banner image

About Me

banner image
secara yang mantap dan jelas, maka ia akan datang dengan segerak

Menyusun Rancangan Penawaran Khidmat Perseorangan

Suatu penyusun rancangan yang dilakukan secara bijak, cermat dan mantap merupakan syarat mutlak untuk mencapai kejayaan dalam usaha yang ditujukan untuk mengumpulkan wang dan kekayaan. Di sini kita akan memberikan petunjuk secara yang terperinci bagi mereka yang baru mulai melakukan

usaha pengumpulan wang dan kekayaan itu dengan cara menawarkan khidmat pengendalian secara perseorangan.

Sungguh menggembirakan dan mendorong semangat perjuangan kita apabila kita menyedari bahawa semua longgokan kekayaan yang besar jumlahnya itu pada asalnya berbentuk balasan khidmat terhadap pengendalian yang pernah dilakukan oleh seseorang, atau dari penawaran seseorang mengenai sesuatu gagasan. Tidak ada sesuatu hal lain lagi yang dapat kita berikan sebagai balasan terhadap kekayaan yang kita perolehi kecuali gagasan-gagasan dan khidmat yang dicurahkan oleh seseorang untuk mencapai tujuan itu.

Kebanyakan Pemimpin Yang Berjaya liu Bermula Sebagai Seorang Pengikut Terlebih Dahulu

Secara umumnya, kita boleh membezakan dua jenis manusia di dunia ini. Satu golongan orang ini kita sebutkan sebagai pemimpin, sedangkan golongan yang lain pula adalah kaum pengikut. Oleh kerana itu Anda hendaklah mengambil keputusan sama ada Anda ingin menjadi pemimpin sesuai dengan panggilan hidup Anda, ataupun Anda ingin tetap menjadi pengikut sahaja. Perbezaan dalam soal ini amat besar sekali. Begitulah dengan ganjarannya yang juga besar. Berdasarkan kepada alasan yang wajar ini, maka seseorang pengikut itu tidaklah mungkin memperolehi balasan yang sama dengan seorang pemimpin. Memang dalam hal ini, ramai pengikut yang membuat kesilapan dengan menaruh harapan untuk memperolehi balasan yang

sama. Namun berdasarkan kenyataannya, maka perbezaan balasan itu tidaklah mungkin sama.

Reviewed by F1 Uniforms +60103425700 on September 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.