Follow @ Yo.!Templates

banner image

About Me

banner image
BAB 7

PERANCANGAN YANG TERSUSUN RAPI

Penghabluran Hasrat Dalam Bentuk Tindakan

langkah Keenam Menuju Sasaran Untuk Mencapt Harta Kekayaan

Kita telah mempelajari bahawa segala sesuatu yang kita ciptakan atau kita perolehi itu pada mulanya berasal daripada bentuk hasrat. Hasrat itu pada mulanya berbentuk abstrak,

kemudian barulah mengalami proses kewujudan untuk menjadi sesuatu yang konkrit. Jalan yang ditempuhinya ialah melalui bengkel kerja daya khayalan iaitu cara peralihannya itu dicipta dan dirangsangkan.

Dalam bab dua diperkenalkan kepada kita enam langkah tegas yang praktis pada saat kita mahu beralih dari bentuk hasrat yang mewujudkan tindakan untuk memperolehi wang dan kekayaan itu. Salah satu daripada langkah itu ialah satu penyusunan rancangan yang jelas dan praktis. Dengan kata lain, kita berpegang kepada landasan sewaktu mewujudkan peralihan itu.

Anda akan diperkenalkan dengan cara bagaimana untuk menyusun suatu rancangan yang bersifat praktis, yakni :

a) Gabungkanlah diri Anda dengan kumpulan orangorang, dalam jumlah yang seramai mungkin yang Anda perlukan untuk menciptakan dan melaksanakan rancangan Anda itu. Dengan ini Anda mampu untuk mengambil tindakan bagi

b)

mendapatkan wang itu dengan secara yang terhimpun melalui tenaga perlaksanaannya yang baik. Dalam hal ini Anda harus memanfaatkan prinsip tenaga pemikiran yang unggul seperti yang akan kita bahaskan dalam salah satu bab dalam buku ini nanti (Penerapan petunjuk ini adalah satu keperluan yang mutlak. Oleh itu janganlah mengabaikannyal).

Sebelum Anda membentuk satu kelompok perpaduan antara cara pemikiran yang ulung, hendaknya Anda memutuskan apa keuntungan dan manfaat yang boleh Anda persembahkan kepada anggota-anggota kelompok itu secara perseorangan, sebagai bahan balasan khidmat bagi kerjasama yang mereka lakukan itu. Tidak ada seorang pun yang ingin bekerja terombangambing tanpa sesuatu bentuk balasan tertentu atau ganjaran. Sebaliknya juga tidak ada seorang manusia yang cerdas dan terpelajar, yang akan meminta atau mengharapkan tenaga orang lain tanpa memberikan balasan perkhidmatan yang setimpal, sekalipun tidak selamanya berupa wang.

Menyelenggarakan suatu mesyuarat atau pertemuan dengan para anggota kelompok pemikir yang ulung paling kurang dua kali dalam seminggu. Kalau boleh lebih sering, sehingga Anda sempat secara bersama-sama dengan mereka itu menyempurnakan rancangan yang diperlukan bagi membentuk cara bagaimana mendapatkan jumlah wang atau harta kekayaan.

Tetaplah menjaga agar terdapat jaminan adanya suasana yang serasi antara diri Anda dengan setiap anggota kelompok pemikir yang ulung itu. Apabila Anda gagal dalam mencipta suasana yang harmoni itu, maka ada kemungkinan besar Anda akan menghadapi kegagalan. Prinsip pemikiran yang ulung tidak dapat dibina di tengah suasana

di mana tidak terdapat keserasian antara satu dengan yang lainnya.

Reviewed by F1 Uniforms +60103425700 on September 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.